Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, tiga sekolah rendah ditutup di Miri iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bong, SK Kuala Bok, dan SK Rumah Ranggong.

"Dua buah sekolah rendah yang juga masih ditutup sejak semalam ialah SK Kuala Kenyana di Mukah dan SK Nanga Bon di Sibu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut JPBNS penutupan lima buah sekolah tersebut menyebabkan seramai 379 murid tidak dapat meneruskan sesi persekolahan untuk hari kedua hari ini.

"Sembilan buah sekolah dengan enam dari Miri iaitu SK Sungai Manong, SK Sungai Kelabit, SK Sungai Seputi, SK Pengarah Enteri, SK Sungai Peking, dan SK Long Teru serta tiga dari Sibu iaitu SK Sungai Anak, SK Sungai Buloh dan SK Iban Union turut terjejas akibat banjir tetapi masih beroperasi," katanya. - Bernama