Dalam kejadian pukul 9.15 malam itu, seorang daripada mereka berusia 33 tahun melecur pada muka dan tangan selepas cuba memadamkan kebakaran itu.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 7 Selangor, Tengku Muhammad Iqbal Tengku Abu Bakar berkata, seramai 16 anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 9.27 pagi.

Katanya, kesemua anggota termasuk dua jentera itu adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang dan Kuala Selangor.

"Kita mengambil masa hampir 30 minit mengawal kebakaran yang memusnahkan keseluruhan rumah tersebut.

"Seorang wanita berusia 30-an melecur di muka dan tangan telah dikejarkan ke hospital Tanjong Karang untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas beliau, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - K! ONLINE