Dalam kejadian pada pukul 2.50 pagi itu, pasangan suami isteri, Mohd. Kharulinzam Jusoh, 38,  dan Nur Syaazlien Syarizam Salleh, 21, serta bayi mereka, Nur Khaira Aisyah berusia sembilan bulan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Adik Nur Syaazlien, Muhammad Nashrullah, 5, turut maut di lokasi kejadian manakala ibu mereka, Rozilawati [email protected], 43, pula menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Anak sulung pasang tersebut, Muhammad Khairul Haziq, 5, pula cedera parah dan masih dirawat di hospital sama.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Yusmizan Yusof berkata, sewaktu kejadian, kesemua mangsa yang menaiki kereta Proton Wira dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Durian Mas, Manir, Kuala Terengganu selepas menghadiri kenduri perkahwinan di Kota Bahru, Kelantan.

"Sewaktu tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira yang dipandu Mohd. Kharulinzam dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok di tepi jalan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - K! ONLINE