Menterinya, Rina Mohd Harun berkata, RTC yang dikekalkan di bawah Kementerian ialah Melaka, Pahang, Johor, Kedah dan Terengganu kerana mengambil kira kedudukannya yang terletak di luar bandar.

"Manakala, tiga RTC akan diserahkan semula kepada Kerajaan Negeri iaitu RTC Negeri Sembilan, Sarawak di Sibuti dan Betong kerana mengikut hala tuju penentuan kerajaan negeri.

"Tiga lagi pula RTC Perak, Kelantan dan Pulau Pinang masing-masing akan diserahkan kepada pemilik bangunan iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA)," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan antara Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan Exco-exco Luar Bandar (MEXCLUB) di sini hari ini.

Rina berkata, mesyuarat berkenaan memberikan lima fokus dalam mensejahterakan pembangunan luar bandar yang antara lain memberi fokus kepada hala tuju RTC dan keperluan data Perancangan Luar Bandar. - Bernama