Timbalan Menterinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, pencari kerja yang tidak mendaftar pada saat akhir itu berkemungkinan mendapat pekerjaan lain atau memperoleh tawaran untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

"Kita telah buat penawaran kerja dan mereka telah dapat ditempatkan (pekerjaan) tetapi bila sampai hari untuk mereka mendaftar, ada sebahagian kecil tidak hadir mendaftar dengan majikan masing-masing.

"Ini merupakan sesuatu yang agak malang bagi saya tetapi saya berfikiran positif dengan menganggap mereka mendapat pekerjaan lain atau mahu menyambung pengajian," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada program Job Fair @ UTC di Pusat Transfomasi Bandar (UTC) Kedah di sini hari ini.

Program tersebut berlangsung serentak di semua pusat Jobs Malaysia di UTC seluruh negara bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang ini dengan menawarkan sebanyak 20,000 kekosongan pekerjaan oleh lebih 350 majikan. - K! ONLINE