Dalam kejadian kira-kira pada pukul 3.30 pagi itu, baki 37 penumpang, pemandu kedua bas, pemandu treler dan kelindannya tidak mengalami kecederaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.44 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dan Meru Raya bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, bas tersebut dipercayau merempuh belakang treler yang diparkir di kiri jalan berhampiran susur keluar Kawasan Rehat dan Rawat Sungai Perak.

"Enam orang yang cedera termasuk seorang pemandu bas dibawa keluar oleh orang awam sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans," katanya. - K! ONLINE