Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, ini berbanding tiada kes kematian dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.

Katanya, jumlah kes denggi meningkat sebanyak 106 peratus berbanding 513 kes yang dicatatkan bagi tempoh sama pada tahun lalu.

"Taburan kumulatif kes denggi di negeri ini pada tahun ini adalah sebanyak 859 kes di Seremban, Tampin (59), Port Dickson (49), Jempol (35), Rembau (20), Jelebu (19) dan Kuala Pilah (18)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Veerapan berkata, sehingga Sabtu lalu sebanyak 14 lokaliti wabak dikesan masih aktif di daerah Seremban manakala satu di Port Dickson. - Bernama