Dalam kejadian jam kira-kira 11.45 pagi itu, mangsa yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berada dalam dua kenderaan berasingan dan berjaya diselamatkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Nor Hisham Mohamad berkata, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dan lori muatan satu tan terperangkap di laluan tersebut.

"Semua mangsa berjaya diselamatkan oleh anggota bomba yang bergegas ke lokasi kejadian. 

"Laluan tersebut ditenggelami air hampir satu meter menyebabkan semua mangsa terperangkap di situ sebelum bomba tiba," katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan laluan tersebut ditutup kepada semua jenis kenderaan sehingga banjir surut. - K! ONLINE