Pengarah Maritim Daerah Bintulu, Kepten Ma­ritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, kesemua kru kapal itu diselamatkan pada pukul 7.30 pagi selepas lima hari terkandas di perairan tersebut.

Menurutnya, kapal tersebut yang membawa muatan minyak sedang dalam pelayaran dari Miri ke Pelabuhan Bintulu namun terkandas akibat masalah enjin.

“Kapal tersebut me­ngalami masalah enjin pada 19 Disember lalu dan kemudiannya dihanyutkan ombak besar.

“Bertindak atas laporan yang diterima, APMM menghantar aset dan bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat kesemua kru kapal,” katanya dalam satu ke­nyataan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.