Operasi yang diketuai oleh Skuad Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kelab Rukun Tetangga (KRT) kampung berkenaan turut dibantu oleh agensi lain seperti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Agensi Penguatkuasaan Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Nerus.

Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kuala Nerus, Md Azmi  A.Aziz berkata operasi itu adalah antara usaha berterusan penduduk setempat membanteras gejala ponteng sekolah yang membawa kepada permasalahan sosial lain seperti penagihan dadah dan curi.

"14 Pelajar yang ditahan adalah pelajar daripada enam buah sekolah menengah di sekitar Kuala Nerus. Lima daripadanya yang positif dadah berusia antara 13 hingga 17 tahun.

"Ujian saringan air kencing ini dijalankan oleh AADK.  AADK kerap menjalankan ujian ini di sekolah, tetapi mereka ini dapat lari dengan ponteng atau tidak hadir ke sekolah, " katanya ketika dihubungi.

Semua pelajar yang ditahan termasuk positif dadah diserahkan ke sekolah masing-masing untuk tindakan lanjut termasuk menjalani kaunseling. - Bernama