Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, entiti terbabit ialah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), UDA Holdings Bhd., Syarikat  Perumahan Negara Bhd. (SPNB) dan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

"Rancangan untuk meletakkan agensi terbabit di bawah kementerian saya akan dimasukkan  dalam Dasar Perumahan Negara yang dijangka dilancarkan Disember ini.

"Ini akan membolehkan pendekatan bersepadu selain mengelakkan pertindihan projek perumahan mampu milik. Ia juga akan memastikan pendekatan bersesuaian untuk pemaju swasta menerusi garis panduan dan penglibatan yang tepat berhubung  perumahan mampu milik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zuraida ditemui selepas menyertai Dialog Terbuka Industri-Kerajaan dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia. - Bernama