Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, 12 negara telah mengesahkan penyertaan secara berkumpulan atau pavilion negara iaitu Australia, Belarus, China, Perancis, Jerman, Jepun, Rusia, Slovakia, Turki, Ukraine, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

"Turki, negara yang terkenal mempunyai industri pertahanan yang baik memiliki pavilion terbesar pada LIMA'19 dengan keluasan 730 meter persegi diikuti Rusia 697 meter persegi," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap ada Majlis Pengiktirafan Rakan Penaja LIMA'19 di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang. - Bernama