Gol tunggal yang dijaringkan Patrick Reichelt hasil hantaran Davy Claude Angan pada minit ke-43 perlawanan sudah cukup untuk memberikan kedukaan buat skuad kendalian Chong Yee Fatt ketika beraksi di laman sendiri.

Kekalahan tersebut menyaksikan skuad Warga Kota kini terus berada dalam zon bahaya dengan pungutan 14 mata dan hanya dipisahkan satu mata sahaja daripada PKNP FC yang kini berada dalam zon penyingkiran bersama Felda United.

Sementara itu, keputusan berkenaan menyaksikan Melaka United berjaya melonjak kedudukan pada tangga keempat di belakang Kedah apabila masing-masing berkongsi 26 mata namun dipisahkan dengan perbezaan jaringan. - K! ONLINE