Beliau berkata, adalah penting untuk kerajaan hari ini melindungi sensitiviti dan suara majoriti berhubung  isu tersebut terutamanya para ibu bapa yang risau anak mereka akan terpengaruh dengan gaya hidup sebegitu sekiranya ia dipromosikan secara umum.

"Apabila golongan LGBT bercakap mengenai hak asasi manusia, kita menghormati hak mereka, tetapi dalam masyarakat ada banyak kelompok lain yang turut mempunyai hak* majoriti masyarakat di negara ini tidak mahu budaya tersebut dipromosikan secara umum," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Fuziah berkata demikian ketika mengulas arahan penurunan dua potret aktivis LGBT pada pameran fotografi 'Stripes and Strokes' bersempena Festival Georgetown, Pulau Pinang.

"Apabila kita suruh turunkan (potret aktivis) bukan bermaksud kita mendiskriminasi mereka, kita hormat tetapi bukan sehingga kita mempromosi dan mengiktiraf mereka seolah-olah majoriti di negara ini tidak mempunyai suara," katanya. - Bernama