Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mene­gaskan perkara tersebut melalui khutbah Jumaat di seluruh negeri sema­lam berikutan tindak-tanduk kumpulan LGBT yang dilihat semakin berani menuntut hak mereka.

Dalam khutbah di Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang dibacakan oleh khatib Abu Dzar Adanan, beliau meng­ingatkan umat Islam tentang azab serta bala yang ditimpakan ke atas umat terdahulu akibat perbuatan terkutuk itu.

“LGBT adalah perbuatan mungkar yang dilaknat dan diharamkan Allah sama ada dilakukan secara terbuka atau sembunyi.