Timbalan Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu berkata, dalam kajian yang dilakukan bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 2013 hingga 2015 yang telah meneliti semua fatwa dan dalil berkaitan,  pemberian zakat itu dibolehkan selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak.

"Objektif kajian ini dijalankan untuk melihat sama ada golongan LGBT layak untuk menerima zakat atau sebaliknya termasuk fatwa-fatwa berkaitan dengannya. Hasil kajian yang dijalankan mendapati golongan LGBT di Malaysia boleh dipertimbangkan untuk dikategorikan (masuk) dalam asnaf Al-Riqab berdasarkan 'illah' (sebab) mereka dibelenggu masalah (LGBT). 

"Implikasi kajian ini juga boleh dijadikan panduan kepada institusi zakat dan Majlis Agama Islam negeri yang lain selain Selangor dalam melihat semula kedudukan LGBT sebagai penerima zakat sama ada mereka ini layak diberikan zakat atau sebaliknya," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Illah membawa maksud sifat yang mempunyai ciri-ciri khusus yang ada pada sesuatu hukum. Sifat  tersebut merupakan sebab mengapa hukum itu disyariatkan. - Bernama