Menurut Presiden Lexus Malaysia, K. Ravindran, acara sukan yang telah memasuki tahun ke-12 penganjurannya itu pada mulanya hanya untuk membina hubungan antara pemain, bagaimanapun ia bertukar menjadi platform yang hebat dalam membentuk semangat kesukanan yang tinggi.

"Acara eksklusif yang dianjurkan sejak tahun 2007 ini juga memberi peluang para pelanggannya mempamerkan kemahiran, kehebatan dan semangat persaingan dalam bermain sukan golf ini.

"Pertandingan tersebut menyaksikan Teo Loong Chua dan Jun Yap muncul serta masing-masing berjaya membawa pulang trofi, beg golf, pemandu premium dan Jelajah Golf di Bangkok selama tiga hari 2 malam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ravindran memberitahu, sepanjang kejohanan tersebut berlangsung, pihaknya memberi layanan terbaik kepada semua pemain dan tetamu yang hadir seperti menyediakan ruangan urut, hidangan bertaraf lima bintang dan dihiburkan dengan nyanyian daripda kumpulan terkenal antarabangsa, The Muse.

Tambahnya, semua keistimewaan tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan kepada penggunanya serta ia juga selari dengan falsafah Lexus yang sentiasa mahukan terbaik kepada pelanggannya.

"Acara seperti itu akan terus diadakan kerana ia berjaya mencapai matlamat dan misi yang ditetapkan terutama berkaitan penglibatan pengguna jenama Lexus dalam kejohanan sukan," ujarnya. - K! ONLINE