Menteri ber­­kenaan, Zu­raida­ Kamaruddin ber­kata, tindakan itu diambil susulan laporan akhbar Kosmo! me­ngenai pencemaran serius yang me­landa Kuala Langat, Selangor yang dikatakan berpunca dari­pada kilang yang memproses sisa plastik import secara haram.

Menurut beliau, berikutan pembatalan dan pembekuan pengeluaran AP baharu dalam tempoh tersebut, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara terutama di Selangor diarah membuat pembersihan de­ngan mengenal pasti hanya kilang yang mendapat kelulusan KPKT dan melaksanakan pengurusan sisa plastik mengikut piawaian alam sekitar antara­bangsa dibenarkan beroperasi.

“Dalam tempoh tiga bulan itu, semua kilang yang dihentikan permit perlu membuat permohonan se­mula dengan kriteria baharu bagi memastikan tidak ada penyalah­gunaan kuasa dan pelanggaran ­piawaian berlaku,” kata beliau pada sidang akhbar di lobi Parlimen semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.