Beliau berkata, pihak kementerian dimaklumkan terdapat individu atau entiti yang menjalankan aktiviti pengorekan bauksit secara haram dalam tempoh moratorium.

"Memandangkan aspek penguatkuasaan perlombongan haram adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, pihak kementerian akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Pahang dalam menangani isu berkenaan dan akan mengambil tindakan tegas dengan tidak mengeluarkan lesen eksport ke atas mana-mana pihak yang tidak mematuhi tempoh moratorium," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Xavier berkata, kerajaan negeri Pahang boleh mengambil tindakan penguatkuasaan mengikut Enakmen Mineral Negeri Pahang jika didapati melombong secara haram di atas tanah Kerajaan dan tindakan penjara serta denda jika disabit kesalahan.

"Jika melombong di atas tanah milik, tindakan tambahan juga boleh dikenakan sebab melanggar syarat tanah beri milik," katanya. - Bernama