Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, lelaki itu dihubungi suspek melalui nombor +321460522 kelmarin.

"Suspek menyamar dari Telekom Malaysia dan memberitahu nombor telefon pengadu ada masalah. Talian disambungkan pula kepada Sarjan Azlan.

"Sarjan Azlan mendakwa pengadu terlibat pengubahan wang haram dan diminta bercakap dengan Inspektor Firdaus," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau lagi, Inspektor Firdaus berjanji untuk membantu mangsa mengelakkan diri daripada ditangkap polis.

Ujarnya lagi, mangsa diminta melakukan empa transaksi pemindahan wang ke dalam dua akaun milik individu tidak dikenali.

"Pengadu berasa tertipu dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya. - K! ONLINE