Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa menghantar pesanan melalui WeChat kepada seorang lelaki yang menggunakan akaun CyanWong1991 pada Ahad lalu.

Ujar beliau, wanita itu menghubungi suspek untuk melakukan urusan tukaran mata wang Yuan kerana ingin membeli seutas rantai kristal daripada seorang peniaga di China secara online.

“Pengadu telah membuat pindahan wang ke dalam akaun seorang lelaki. Selepas menerima wang, suspek berjanji untuk menukarkan ia ke dalam mata wang China dan memasukan jumlah amaun itu ke akaun WeChat milik mangsa.

“Sehingga tarikh laporan ini dibuat (semalam), pengadu masih belum mendapat semula wang tukaran tersebut,” kata Mohd. Wazir menerusi kenyataan hari ini.

Mangsa yang merupakan seorang peniaga terbabit membuat laporan di Balai Polis Kerdau di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - K! ONLINE