Pengerusi jawatankuasa masjid, Yusof Yaacob berkata, lembu bernilai RM15,000 tersebut  disumbangkan oleh seorang anak kariah, Rezuwan Mazlan dan perancangan untuk majlis itu dibuat kira-kira dua bulan lalu.

"Majlis korban ini merupakan acara tahunan masjid ini tetapi suasana tahun ini berbeza kerana kita membawa seekor lembu gergasi seberat 1,000 kilogram untuk dikorbankan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan masjid.

Beliau berkata, hampir 200 orang terlibat dalam majlis tahun ini yang turut mengorbankan sembilan ekor lembu biasa dan 19 ekor kambing.

Yusof berkata, beliau difahamkan lembu jenis Brahman yang berusia lima tahun itu diimpot dari Thailand ketika masih kecil. - Bernama