Kejadian berlaku pukul 6 petang, ketika lembu dalam proses pemindahan ke sebuah lori untuk ibadah korban.

Pemilik lembu itu, Jufri Badrus, 50, berkata, haiwan berkenaan tersekat ketika melalui parit kecil selebar dua meter dari kawasan lapang tempat meragut rumput.

Katanya, kebiasaannya lembu itu mampu menyeberangi parit tanpa sebarang masalah.

"Mungkin parit itu berlumpur mengakibatkan kaki lembu terperosok lalu tersekat.

"Saya dan anak cuba mengeluarkan lembu itu selama 10 minit namun gagal sebelum mendapatkan pertolongan dua lagi rakan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas beliau, lembu berkenaan berjaya dikeluarkan 15 minit kemudian sebelum dimasukkan ke dalam lori. - K! ONLINE