Menurut pemiliknya, Yusof Musbah, lemang pandan merupakan juadah tradisional citarasa Pahang dan telah melalui proses Inovasi dari segi resepi dan memasak sehingga menghasilkan rasa unik. 

Katanya, lemang-lemang itu juga dilakukan hasil kerjasama antara 10 orang ahli keluarganya termasuk menantu. 

"Saya telah mengusahakan perniagaan lemang ini sejak lapan tahun lalu dan sambutannya amat menggalakkan. 

 Menjelang Aidilfitri, hasil jualan lemang mencecah 1,000 hingga 1,500 batang sehari,"katanya ketika ditemui di sini hari ini. 

Jelas Yusof,  lemang pandan dijual di antara harga RM16 hingga RM 18 mengikut saiz pihaknya. 

Tambahnya, pihaknya turut menjual rendang dan serunding daging dengan harga antara RM10 hingga RM 15 bagi 200 gram. 

Mengulas mengenai masalah untuk menampung permintaan lemang pandan yang meningkat menjelang 1 Syawal katanya, keadaan cuaca yang tidak menentu menjadi kerisauan. - K! ONLINE