Malah seorang peniaga, Siti Habsah Mat Arif, 54, tidak menyangka lemang panas yang dijualnya sejak lebih sebulan lalu di kawasan itu mendapat sambutan selain menjanjikan pulangan setimpal lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan kali ini.

Siti Habsah berkata, sebelum bulan Ramadan kebiasaannya dia menggunakan empat kilo beras pulut untuk dijadikan lemang dan dijual di kawasan Manek Urai itu yang merupakan lokasi tumpuan orang ramai membeli lemang.

"Dengan empat kilo beras pulut saya mampu menyediakan kira-kira 40 batang lemang dengan dijual pada harga RM10 untuk tiga batang. Jadi seharian saya memperoleh lebih RM100 sehari.

"Apabila masuk bulan Ramadan, saya terpaksa menambah beras pulut kepada tujuh kilogram berikutan permintaan yang tinggi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Siti Habsah berkata, berikutan gerainya yang terletak di laluan utama warga kota yang pulang ke desa untuk berhari raya nanti dia bercadang untuk menggunakan 10 kilogram beras bagi menyediakan anatara 100 hingga 120 batang lemang sehari.

Menurut anak Siti Habsah, Lily Kartika Karjono, 18, setiap hari dia akan membantu ibunya itu di bangsal lemang tersebut bagi meringankan beban orang tuanya.

"Di Kelantan ini unik sikit kerana setiap kali hari raya masyarakatnya lebih menggemari ketupat daun palas berbanding dengan lemang.

"Malah, penduduk negeri ini juga makan lemang dengan dicicah manisan berbanding negeri lain yang makan berlaukkan rendang ayam atau daging," katanya. - K! ONLINE.