Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, kejadian pada pukul 6.20 pagi itu mengakibatkan lelaki berusia 72 tahun tersebut terpaksa menanggung kesakitan beberapa jam sebelum terpaksa pergi ke hospital untuk tindakan lanjut.

Katanya, mangsa datang sendiri ke Hospital Sibu untuk mendapatkan bantuan selepas mengadu sakit pada kemaluannya akibat tersangkut pada botol air minuman.

"Pihak hospital kemudian meminta bantuan anggota bomba untuk menanggalkan botol tersebut selepas menemui jalan buntu.

"Anggota bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan kemaluan mangsa yang tersekat itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah jurucakap sama, lelaki warga emas itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius. - K! ONLINE