Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Chiam Meng Kuang, 65, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, seorang lagi mangsa berusia 42 tahun bagaimanapun hanya cedera ringan pada kepala.

Menurut jurucakap itu, pihaknya tiba bagi membantu mengeluarkan mayat mangsa di bawah sisa runtuhan konkrit tersebut.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam di sini.

Operasi berkenaan ditamatkan kira-kira pukul 4 petang. - K! ONLINE