Mangsa, Ampi Gani, 69, dari Rumah Panjang Ulu Sungai Rimbas Baru di sini ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 11.10 pagi.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, mayat lelaki itu ditemui kira-kira 3 kilometer (km) dari lokasi dia dilaporkan hilang sebelum ini.

Katanya, mayat mangsa dijumpai dalam keadaan terapung di bawah timbunan kayu di tepi sungai berkenaan.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke rumah panjang sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang memasuki hari ketiga hari ini ditamatkan sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. - K! ONLINE