Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, pemandu lelaki berusia 53 tahun terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku apabila kereta tersebut dari arah Melaka ke Jasin terbabas selepas cuba mengelak sebuah lori yang tiba-tiba memasuki laluannya. 

"Kereta itu kemudian terbabas melanggar sebatang pokok di kiri jalan dan dalam hanya beberapa minit kenderaan tersebut terbakar. 

"Pemandu kereta itu sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya. 

Beliau berkata, kes itu kini disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59. - K! ONLINE