Tembakan bagaimanapun tersasar sebelum suspek bertindak melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.

Ketua Polis Daerah Kerian,Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, susulan kejadiaan itu, empat rakannya menaiki kereta dan mengejar lelaki tersebut sebelum motosikal yang dinaikinya dirempuh dari belakang.

Menurut Omar Bakhtiar, polis menerima panggilan pada pukul 2.32 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian untuk memberkas suspek.

Jelasnya, hasil pemeriksaan menemui sepucuk pistol jenis Smith & Wesson Para Bellum 9mm dan satu kelopak magazine yang berisi dua butir peluru hidup yang berada di atas tanah kira-kira enam meter dari lokasi suspek ditahan.

"Susulan daripada penahanan suspek, polis telah memberkas lima lagi suspek pada pada pukul 9.00 pagi semalam selepas dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.

“Ujian saringan air kencing mendapati semua suspek yang berusia dalam lingkungan 28 hingga 37 tahun itu positif dadah jenis Methampethamine,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di sini hari ini.

Jelasnya, kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Khamis depan untuk menbantu siasatan.

Jelasnya, semakan mendapati tiga daripada suspek terlibat pelbagai rekod kesalahan lampau sebelum ini dengan salah seorang suspeknya mempunyai 14 rekod jenayah lampau.

Menurut Omar Bakhtiar, sebelum kejadian itu, suspek dan rakannya berjumpa di sebuah rumah di Tanjung Piandang dan berlaku perselisihan faham akibat bekalan dadah.

Jelasnya, suspek yang berang dan tidak berpuas hati dengan keadaan itu telah keluar dari rumah tersebut dan memandu kereta jenis Toyota Vios menghala ke Kuala Kurau.

“Kereta yang dinaiki suspek bagaimanapun terbabas di satu kawasan dan lelaki itu menghubungi seorang rakan dari Kuala Kurau untuk mengambilnya di lokasi kemalangan.

" Suspek telah datang kembali ke kerumah rakannya dengan menaiki sebuah motosikal sebelum melepaskan tembakan kearah mereka namun tersasar,”

Menurut Omar Bakhtiar, suspek melarikan diri namun dikejar oleh rakannya dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi sebelum dia dilanggar dari belakang.

Jelasnya, rempuhan itu menyebabkan uspek yang mengalami kecederaan namun dia sempat melarikan diri sebelum diberkas orang awam di sebuah rumah.

Kes disiasat dibawah Seksyen 8 dan 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. - K! ONLINE