Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, lelaki berusia 35 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan dipercayai dipukul dengan pelbagai senjata.

Difahamkan, ketika kejadian kumpulan lelaki Bangladesh yang merupakan pekerja sebuah kilang berhampiran berada di dalam rumah kedai tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, insiden itu sempat disaksikan oleh seorang pekerja hotel yang terletak bersebelahan rumah kedai itu yang ternampak mangsa sedang mengumpil pintu jeriji besi di bahagian bawah premis yang dihuni kumpulan lelaki warga Bangladesh tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.