Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari, suspek berusia 24 tahun itu dicekup selepas taktiknya berjaya 'dihidu' oleh anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan.

Pengarah KPDNHEP negeri, Adnan Abd. Rahman berkata, dalam operasi tersebut pihaknya turut menyita kereta bernilai RM6,000 yang digunakan untuk kegiatan haram itu.

Menurutnya, kejayan itu adalah hasil maklumat risikan dan intipan yang dijalankan oleh anggota KPDNHEP Kelantan selain kerjasama orang awam dikawasan berkenaan.

"Bertindak daripada maklumat itu kita telah melakukan serbuan mengejut dan mendapati pemilik kereta tersebut membuat belian dengan harga yang tidak munasabah ke dalam kenderaan persendirian.

"Ekoran itu, kita telah tahan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Adnan memberitahu, pihaknya turut menyita kenderaan yang digunakan dalam kegiatan haram itu.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. KPDNHEP Kelantan akan sentiasa memantau dari masa ke semasa berhubung perkara ini dan pihak yang terlibat diminta supaya mematuhi peruntukkan undang-undang," ujarnya. -K! ONLINE