Kejadian kira-kira pukul 12.05 tengah hari itu mengakibatkan mangsa yang dikenali sebagai Ah Heng, 40-an meninggal dunia, manakala Alwi Kamarau, 42, cedera ringan. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.06 tengah hari.

Katanya, sepasukan 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dan BBP Samalaju kemudian diarahkan ke lokasi untuk melakukan kerja-kerja memadam kebakaran dan menyelamat mangsa.

"Apabila tiba, pasukan bomba mendapati sebuah Toyota Hilux dalam keadaan terbalik dan terbakar di bahu jalan dipercayai akibat merempuh besi penghadang jalan.

"Anggota bomba kemudian memadam kebakaran melibatkan kenderaan tersebut sebelum mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ling Hii menambah, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi tamat pada pukul 1.15 petang selepas  mayat mangsa dibawa ke Hospital Bintulu untuk tindakan lanjut," katanya. - K! ONLINE