Kejadian berlaku pukul 7.15 pagi ketika lekaki berkenaan membantu mangsa membuka skru tayar keretanya.

Difahamkan, lelaki terbabit bertindak memegang punggung mangsa berusia lingkungan 20-an itu sebelum mengajak mangsa masuk ke dalam kereta dengan alasan cuaca panas.

Lelaki berkenaan bertindak meraba paha wanita berkenaan sebelum cuba membuka butang baju mangsa, namun berjaya dihalang.

Beberapa minit selepas itu, dua peronda lebuh raya datang membantu menukarkan tayar kereta mangsa sebelum suspek beredar.

Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh berhubung kejadian menimpanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Choo Lily ketika dihubungi mengesahkan laporan tersebut.

"Siasatan sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya. - K! ONLINE