Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, berdasarkan maklumat dan risikan yang diterima, sekumpulan anggota bertindak menyerbu sebuah kediaman kira-kira pukul 5.15 petang sebelum menahan seorang lelaki berusia 38 tahun.

"Hasil pemeriksaan badan dibuat ke atas suspek menemui satu bungkusan plastik berwarna biru di dalam poket seluar bahagian hadapan.

"Bungkusan tersebut didapati mengandungi sebanyak 190 biji pil berwarna merah disyaki dadah termasuk dua biji berwarna hijau," katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. - K! ONLINE