Majistret Siti Radziah Kamarudin, Mahyudin Mohmad Som dan Maizatul Munirah Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Faisal Mohamad Sanusi, 31, selepas dia mengaku salah atas semua pertuduhan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 25 Februari lalu dan penjara 45 bulan sekiranya gagal membayar jumlah denda. Tertuduh gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-24, tertuduh didakwa melakukan pemalsuan ke atas 24 keping cek Maybank dan Standard Chartered milik Razali, 79, yang kesemuanya berjumlah RM762,706 dengan niat supaya dokumen palsu tersebut boleh digunakan untuk menipu pihak bank.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.