Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamad Yunus Abu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul  3.34 petang. 

Beliau berkata, kebakaran itu dipercayai bermula di kilang petrokimia itu sebelum merebak ke lima kilang lain.
Katanya, seorang lelaki berumur 53 tahun yang sedang menyusun barang di kilang petrokimia terbabit terperangkap dalam kebakaran itu, namun berjaya diselamatkan.

"Tubuh mangsa melecur dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Sepasukan 40 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Ipoh, Simpang Pulai dan Meru Raya dikejarkan ke lokasi kejadian, katanya. - Bernama