Dalam kejadian pukul 12.15 tengah hari itu, mangsa yang tidak dapat dikenal pasti identitinya itu mati ditempat kejadian akibat kecederaan pada kepala.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati, mangsa memandu traktor itu ketika dalam perjalanan menuju ke sebuah kebun kelapa sawit.

Jelasnya, sewaktu tiba di lokasi kejadian, traktor yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik ke dalam kolam ikan yang mempunyai kedalaman 1.5 meter.

“Kemalangan itu menyebabkan kepala mangsa terhentak pada traktor sebelum jentera berat itu menindihnya sewaktu dia jatuh ke dalam kolam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.