Dalam kejadian kira-kira pukul pukul 6.45 pagi itu, mangsa Md. Al Mamun, 31, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di pelbagai anggota badan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Zaidi Safuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.51 pagi dan sebuah jentera bersama sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setiba di tempat kejadian, pasukan kami mendapati terdapat seorang lelaki warga Bangladesh tersepit pada sebuah mesin memproses.

"Pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira dua jam untuk membuka mesin berkenaan bagi mengeluarkan mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

tersepit maut
Pasukan bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk membuka mesin bagi mengeluarkan mangsa.

 

Katanya, mangsa bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A. Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian.

"Maklumat awal daripada majikan, ketika kejadian mangsa bekerja sendirian di bahagian itu pada syif malam.

"Bagaimanapun polis tidak menolak kemungkinan insiden itu berlaku selepas baju dipakai mangsa tersangkut pada mesin berkenaan menyebabkannya tersepit," katanya.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. - K! ONLINE