Dalam kejadian kira-kira pada pukul 9.15 malam itu, mangsa, Mohd. Faizul Sharifudin, 37, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, babi hutan tersebut mengalami cedera ringan sebelum melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal seorang diri dari arah simpang Kampung Sumpitan menghala ke rumahnya di Kampung Gua Badak.

"Tiba di tempat kejadian, mangsa telah terlanggar seekor binatang dipercayai babi hutan yang melintas jalan secara tiba-tiba.

"Akibat daripada kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Lenggong untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Tambah Ismail, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di klinik berkenaan. 

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk proses bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - K! ONLINE