Dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, mangsa, Amir Azhari Abdullah Zawawi berusia 29 tahun disahkan maut oleh pegawai perubatan sebaik tiba di Hospital Ampang.

Difahamkan, mangsa dilaporkan telah mengadu sesak nafas kepada lima rakannya ketika berada puncak Bukit Tabur selepas mengharungi perjalanan sejauh tiga kilometer dari tempat permulaan mendaki. - K! ONLINE