Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, R. Partiban, 25, yang berasal dari Taman Dato Rashid, Kuantan, Pahang meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan dalaman.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitenden Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, Partiban difahamkan dalam perjalanan ke bandar ini dari Paka dekat sini.

"Sewaktu tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira yang dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan dipercayai akibat jalan licin kerana hujan lebat.

"Kereta itu kemudiannya terbabas sebelum merempuh tembok pagar sebuah rumah penduduk yang terletak di tepi jalan hingga menyebabkannya kenderaan yang dipandu remuk teruk," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE