Dalam kejadian pukul 4.15 pagi itu, Nicholos Jimbai Khoo, 38, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Alexson Naga berkata, mangsa yang memandu seorang diri sedang dalam perjalanan dari Kuching menuju ke Serian.

"Bagaimanapun, kereta dipandunya itu hilang kawalan lalu terbabas sebelum terhumban ke dalam parit.

"Mangsa ditemui dengan kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia," katanya tadi.

Jelasnya, kes berkenaan masih dalam siasatan polis. - K! ONLINE