Dalam kejadian pada pukul 6.25 petang, mangsa, Muhamad Azrol Hisham Mat Ali, 23, maut serta-merta di lokasi kejadian.

Rakannya, Syed Akil Fitri Syed Muhammad Pouzi, 25, yang mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, sebelum kejadian kedua-dua mangsa itu datang dari arah Pasir Mas menghala ke Rantau Panjang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, seramai empat anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja membantu dan menyelamat mangsa.

 Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.28 petang.

 "Ketika kami sampai, kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton itu terbabas ke dalam parit.

 "Mangsa yang cedera telah di hantar ke hospital untuk rawatan lanjut manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. - K! ONLINE