Mangsa, Sham Farishah Othman, 31, ditemui dalam keadaan terlentang di tepi pokok tersebut kira-kira pukul 4 petang oleh sepupunya.

Mangsa yang menghidap penyakit sawan ditemui dalam keadaan masih memegang plastik dipercayai untuk mengambil buah ciku.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris berkata, mangsa ditemui sepupunya yang memaklumkan mangsa telah jatuh dari pokok ciku setinggi kira-kira tiga meter.

"Pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia dan mayat dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE