Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Merbin Lisa berkata, dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Anthony Bateh Gu, 27, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepalanya.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang berada di seberang jalan cuba untuk melintas lalu dilanggar sebuah kenderaan yang datang dari Batu 10 di sini.

"Mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE