Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa, Mohamad Azmi Hassan, 27, yang juga pemandu Proton Wira itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di dalam kenderaan tersebut.

Tiga lagi mangsa yang me­rupakan penumpang kereta dilaporkan cedera dan kini dirawat di Hospital Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila lori membawa muatan sampah itu hilang kawalan sebelum me­langgar kereta yang dipandu mangsa yang datang dari arah Kota Tinggi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.