Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superitendan S.Somu berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha melanggar pembahagi jalan dan terbabas.

"Mangsa kemudiannya terjatuh di lorong bahagian kanan selepas terbabas.

"Tidak lama kemudian, datang dua kereta jenis Perodua VIVA dan Volkswagen Polo dari arah belakang dan melanggar mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Somu menambah, mangsa maut di tempat kejadian dan mengalami kecederaan parah hampir keseluruhan tubuh badannya.

"Pemandu dua kereta tersebut pula selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh di sini bagi tujuan bedah siasat," ujarnya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE