Difahamkan, lelaki berusia 44 tahun kaum Cina itu seorang yang gemar beriadah serta melakukan aktiviti lasak.

"Namun, semasa turun dari bukit berkenaan, dia mengadu mengalami kesakitan di bahagian dada sebelum seorang rakannya bertindak menghubungi bomba," kata seorang saksi.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Hasbullah Mohd. Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.20 petang hari ini.

"Dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Perlis dan Simpang Empat dikejarkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan seorang pegawai dan sembilan anggota.

"Mangsa berjaya dibawa turun kira-kira pukul 7.20 malam," katanya.

Mangsa disahkan mati di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

 Ketinggian Bukit itu kira-kira 200 meter.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew ketika dihubungi mengesahkan kes itu.

"Kes dikategorikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HTF  untuk proses bedah siasat," katanya. - K! ONLINE