Mangsa, Balture Goyong, 38, ditemui orang awam di tepi sungai sejauh dua kilometer dari lokasi kejadian pada pukul 7.20 pagi.  

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud, Pegawai Kanan II, Thomas Bolu berkata, difahamkan sebelum insiden berkenaan lelaki tersebut bertindak menyeberangi sungai namun, dipercayai tergelincir lalu dihanyutkan arus deras kira-kira pukul 4 pagi.

“Sehubungan itu, seramai empat anggota dan sebuah pacuan empat roda dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.30 pagi.

“Bagaimanapun, dimaklumkan mangsa ditemui di tepi sungai oleh penduduk kampung yang melalui di kawasan kejadian terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Thomas, mangsa yang berasal dari Kampung Taginambur dekat sini kemudiannya, diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Punca kejadian masih dalam siasatan. - K! ONLINE